Tuesday, October 11, 2011

AWAK AWAK AWAK !



satu pagi,
dia akan bangun tidur
gosok mata
berus gigi
pandang ke dalam cermin
dan berkeputusan
untuk menjadi orang lain yang akan mencintai lelaki lain
dan akan bergembira dengan hal-hal kecil yang lain
semacam perut kencang
kekasih barunya,
wicke dry humour kekasihnya dan kali ini,
kekasihnya yang ini akan menanggalkan
baju semata mata
untuk mengesat air matanya.


jadi untuk hari ini,
sampai nanti,

cukup dengan cinta laki laki yang satu ini.


buat masa ini,aku mahu tenang-tenang.
aku mahu kita bergembira.
raikan apa yang kita ada.
berdua.

tak perlu bintang lagi.
tak perlu bulan lagi.
tak perlu angin lagi.
aku dah punya pelangi.

aku dah halau segala jenis bintang.
aku dah ludah keindahan bulan.
aku dah jeling sentuhan lembut angin.
aku masih punya pelangi.
matilah semua yang sedang meludah aku saat ini.
matilah semua yang merasa hidup mereka cukup sempurna.
aku tak perlukan sempurna.
pelangi aku cukup indah tak terkata.
tanam dari jiwa kosong aku saat ini.tanam dengan penuh senyuman.dia beri aku sentuhan.
dan kalau tuhan menarik pelangi aku,
aku akan rasa sakitnya nanti.

dan dia akan tetap menjadi pelangi aku <3

1 comment: