Masuk hari ney, dah 3 bulan 14 hari aku bersama dengan dia. Sungguh aku mencintai dia sepenuh hati. Tak mahu orang lain dan tak perlukan yg lain. Sungguh hanya dia yg satu <3 Mengenali dia yang sangat mengambil berat dan sangat penyayang membuatkan aku semakin bahagia, makin kuat untuk hidup walaupun kadang-kala ada naik dan turunnya. Saat aku keseorangan dia hadir menemani aku setiap masa, dia penuhi segala permintaan aku, nak kesini dia bwakkan, nak kesana die bwakkan juga. Apa yg kurang ? Tiada yg kurang pada aku. Tp manusia tak lepas drpd membuat kesalahan, begitu juga dia. Gaduh atau selisih faham itu perkara normal yg sentiasa berlaku dalam mana-mana hubungan sekalipun. Tp Alhamdulillah, hingga kini kami masih lagi boleh mengatasinya sebaik mungkin. Menangis, kecewa, benci, marah dan sebagainya adalah satu perasaan yg tak dapat nak dielakkan. Tp dia tetap milik aku ! Aku menyayangi dia selamanya. Semoga perasaan ini tidak berubah sama sekali. Harapan aku untuk bersama dengan dia sehidup semati smpai ke akhir hayat kami. Aku berharap semoga ini yg terakhir untuk aku, dan takkan pernah ada yg lain. Semoga hubungan yg dibina atas dasar cinta ini akan menjadi nadi untuk aku terus hidup dan bersama dengan dia walau ape pun yg terjadi. Biarlah byk dugaan dan halangan sekalipun , aku akan tetap menyayangi dia.
ILOVEYOU UCUKK <3
No comments:
Post a Comment