Monday, September 12, 2011

antara percaya atau tidak :'(

Dia tak percayakan aku. Itu lah yang terjadi sekarang. Dua hari lepas tiba-tiba dia persoalkan tentang kesetiaan aku. Apa yang harus aku buat lagi ? Puncanya sebab aku terima sms daripada abg saudara yang paling rapat dengan aku. Itu sahaja. Ya, memang aku balas text drpd abg saudara aku tuh, tapi sekadar membalas apa yg ditanya dengan jawapan yg biasa biasa sahaja. Aku tidak menunjukkan sebarang respon lain dengan kehadiran sms itu. Knp perlu dia curiga pada aku ? Ya, dia memang seorang yang kuat cemburu tp kalau aku jea yg selalu kene jage hati dia, siapa yg mahu jaga hati aku ? Kalau lah aku mampu, aku akan buktikan segala-galanya dan dia tak perlu persoalkan kesetiaan aku lagi. Tapi apa yg aku mampu buat ? Dia ada buktikan pada aku kasih sayang and cinta dia ? Harapkan aku sahaja lah. Aku bersumpah dengan nama Allah, hanya dia dalam hati aku dan takkan ada yang lain.

p/s : Buat awak ABDUL RAZAK KAMARUDDIN. Saya hanya mahukan awak ! Saya hanya sayangkn awak ! Saya hanya perlukan awak ! Smpai bila-bila pun saya inginkan awak ! Percayalah pada saya, saya takkan mungkin menduakan awak. Cukuplah ada awak seorang, saya tak nak orang lain. I Love You <3

No comments:

Post a Comment