Wednesday, November 2, 2011

DILEMA CINTA

Apabila terbina sesebuah hubungan cinta, kebiasaannya hubungan cinta tersebut adalah HANGAT.  Kehangatan yang saya maksudkan adalah dari segi KEKERAPAN;
1. Kekerapan untuk berhubung (call, sms, mms, email, online)
2. Kekerapan untuk berjumpa
3. Kekerapan untuk memahami antara satu sama lain
4. Kekerapan untuk saling memberi dan menerima
5. Kekerapan untuk melakukan aktiviti bersama
Itu adalah contoh untuk kehebatan cinta di awal perhubungan cinta. Saya yakin dan pasti anda sedar kekerapan tersebut ada di dalam perhubungan cinta anda.
Persoalannya adalah,
DILEMMA… Anda Tertanya- tanya… Anda mulai mempersoalkan pelbagai perkara yang melibatkan pasangan anda dan masa depan anda berdua. Anda mulai RISAU, terasaKEHANGATAN hubungan anda mulai sejuk. Antara beberapa perkara yang mungkin menjadi PERSOALAN dan KERISAUAN anda mungkin;
1. Pasangan anda didapati curang (wujud orang ke-3)
2. Pasangan anda mula mengharapkan sesuatu yang diLuar kemampuan anda.
3. Pasangan anda mula mengongkong atau menyekat “social lifes” anda.
4. Pasangan anda mula mengasingkan diri daripada anda.
5. Pasangan anda mula menunjukkan sifat- sifat yang kurang anda senangi.
Sekali lagi saya yakin dan pasti, PERSOALAN di atas pasti anda alami walaupun wujud ribuan persoalan yang lain…
Tarik nafas dan Rilekss… Usah terlampau risau.. Ini adalah cabaran anda di dalam proses mengenali perhubugan cinta. Kewujudan teman- teman anda disekeliling akan banyak membantu anda untuk mengatasi cabaran dilema cinta anda. :)
Tips untuk mengatasi dilema cinta adalah seperti berikut;
Langkah 1 Kenal pasti KEKERAPAN yang melibatkan anda dan pasangan anda di awal perhubungan cinta anda.
Langkah 2 Kenal pasti PERSOALAN yang timbul di sepanjang hubungan anda dan pasangan anda yang menyebabkan anda mengalami dilema cinta.
Langkah 3 Atasi PERSOALAN ini dengan teknik yang betul, anda boleh merujuk posting sifu AF Hazwan yang lepas iaitu “3 Strategi Terbukti Untuk Hubungan Cinta yang Bahagia & Sihat”
Sentiasa terapkan prinsip “Jalan Pasti Ada Mesti Ada Cara” di dalam perhubungan cinta anda. Tiada perkara yang mustahil untuk diselesaikan di dunia ini. Jika anda inginkan perhubungan cinta yang lebih baik maka anda harus perihatin terhadap hubungan cinta anda SEKARANG!
Sentiasa ingat, “BREAK UP” adalah penyelesaian yang terakhir bagi Dilema Cinta.. :)
Salam Cinta dan Kejayaan!

Tuesday, November 1, 2011

PUTUS CINTA


Apabila putus cinta, sebahagian besar tindakan dan pilihan anda dikuasai oleh emosi. Apabila emosi mengawal diri anda maka, anda sukar untuk berfikir secara rasional. Anda akan mudah memberontak daripada tenang. Anda akan menangis tanpa menghiraukan orang sekeliling. Anda tidak ada nafsu untuk makan dan akhirnya tidak menghiraukan kesihatan anda. Apa yang lebih merbahaya adalah, berkemungkinan anda sanggup mati daripada terus hidup!
Sabar! Tenangkan diri anda… Katakan kepada diri anda sendiri bahawa semua ini adalah “Normal”. Adalah normal jika anda sedang besedih dan kecewa sekarang. Anggap bahawa anda sedang menjalani satu ujian daripada tuhan. Ujian di mana akan memberi anda hikmah jika anda berjaya mengharunginya.
Saya akan sampaikan kepada anda “5 Pekara yang Perlu Anda Lakukan Apabila Putus Cinta”. Setiap 5 perkara ini akan membantu anda untuk lebih berasa tenang dan apa yang lebih penting, akan memberi anda harapan untuk terus hidup.
1.Jangan Hubungi Pasangan Anda!
Jangan call, sms, e-mail atau apa- apa cara sekali pun yang berkaitan dengan menghubungi. Jangan lakukan sebarang komunikasi kepada pasangan anda. Biarkan keadaan ini berlalu selama yang mungkin.
2.Jangan Hubungi atau Meluah Masalah Kepada Rakan Pasangan Anda.
Disebabkan tidak dapat menghampiri pasangan anda, akhirnya anda memilih untuk menghubungi rakan pasangan anda dan meluah masalah anda dan pasangan anda. Keadaan ini akan memburukkan keadaan dan bukannya memperbaiki keadaan.
3.Luahkan Masalah Anda Hanya kepada Teman Rapat Anda Sahaja!
Masalah cinta seperti ini anda perlukan seseorang yang betul- betul rapat dan memahami anda. Seseorang yang betul- betul boleh mendengar dan menjiwai masalah anda. Cari mereka dan luahkan segala masalah perhubungan cinta anda. Ahli keluarga juga mungkin menjadi pilihan anda untuk meluah.
4.Jangan Biarkan Diri Anda Keseorangan
Amaran! Jangan sesekali letakkan diri anda berseorangan. Mungkin anda perluankan masa untuk bersendirian tetapi hakikatnya anda sebenarnya perlukan teman. Dengan erti kata lain, anda perlukan pasangan anda. Apabila anda letakkan diri anda keseorangan anda akan cenderung untuk menghadapi masalah kemurungan “stress”.
5.Hadiahkan Diri Anda Dengan Sesuatu yang Menyeronokkan
Anda perlu sedar bahawa anda sedang bersedih. Jika anda terus bersedih maka, tiada penyelesaian dapat anda lakukan. Oleh itu, anda perlu hadiahkan diri anda sendiri dengan sesuatu yang ceria dan menyeronokkan. Pergi bercuti ke tempat yang asing daripada tempat anda mungkin boleh membantu anda meredakan kesedihan. Belikan sesuatu yang berharga kepada diri anda sebagai hadiah kerana anda mampu mengharungi perpisahan ini.

Sunday, October 30, 2011




CINTA MENYAKITKAN?  KITA LIHAT BENAR ATAU TIDAK.

Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar.

Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam ber-COUPLE ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.

Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang ingin menolong.

Jadi, sekiranya anda ingin bercinta dengan seseorang, ingatlah. Cinta ini tak semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa.
CINTA TERLALU MENYAKITKAN

Cinta adalah sebuah perasaan yang ingin membagi bersama atau sebuah perasaan afeksi (yang lebih dari sekedar rasa simpati atau persahabatan) terhadap seseorang.

Cinta adalah sebuah aksi/kegiatan aktif yang dilakukan manusia terhadap objek lain, berupa pengorbanan diri, simpati, perhatian, memberikan kasih sayang, membantu, menuruti perkataan, mengikuti, patuh, dan mahu melakukan apapun yang diinginkan objek tersebut.

Terlalu mencintai adalah rasa subjektif yang berlebihan yang mampu mengalahkan ego, lebih kepada pengorbanan diri, lebih dalam tentang perhatian, lebih utama dalam memberikan kasih sayang, lebih tunduk, lebih patuh untuk mengikuti arus, lebih dalam memamahi objek tersebut, lebih tahu tindakan yang harus dilakukan, lebih ikhlas dalam menuruti kemahuan, lebih tunduk dan patuh terhadap perbezaan dan aturan, dan lebih dalam mahu melakukan apapun juga yg diinginkan oleh objek tersebut.

Nah, sungguh indah konsep Cinta diatas. Bagaimana jika sesuatu itu berujung ke sakit hati ?. Gampang sekali. Sakit hati adalah kebalikan dari Cinta !

Sakit hati dalam hubungan percintaan adalah sakit dari segala sakit. Mungkin anda pernah mengalaminya. Majoriti, Sakit hati disebabkan oleh perbezaan pendapat atau pertentangan batin dan perbezaan keinginan. Sakit hati disebabkan sifat amarah manusia lebih menguasai/dominan dari rasa Cinta diatas. Kerana sakit hati adalah lawan dari cinta, maka sakit hati itu adalah tidak ada pengorbanan diri, menolak rasa perhatian, tidak ada kasih sayang, tidak tunduk, tidak patuh dalam mengikuti arus, tidak memahami objek, tidak mengetahui tindakan yang harus dilakukan, tidak ikhlas dalam menuruti kemahuan, tidak tunduk/faham terhadap perbezaan dan aturan, dan tidak mahu melakukan apapun yang diinginkan oleh subjek percintaan tersebut.