Wednesday, November 9, 2011

We're still together !

 
Another 4 days to go ! OMJayyy, 4 hari lagii genap lahh sebulan ktorg berpisah. Rinduu yang teramat sangatt dengan diaaa. Haihh sebulan tuhh bagii korang memang tak lame kot, tapi bagi aku dengan si dia . Haha ! Kalau korg nak tau, selame ktorg berpisah sebulan niee, banyak sangat dugaan ktorg ! Serious ! Aku rasa ktorg niee mmg tak leh jauh, ade jee bnde jadii. Bpe kali dah hbungan ktorg niee 'bagai di hujung tanduk'. Rase mcm nak putus jee ! Sbb tak tahan dugaan punye pasal, hahahaha. Adoii dugaan dugaan. Haihh ! Takpe laa, sampai skrg ktorg still together. Hope sangat smpai bila-bila ! I love youuu & I miss youuu sayanggggggggggg <3

Saturday, November 5, 2011

Kecewa dan terus kecewaaaaaaa







Semalam, aku dapat keputusan final exam utk sem 3, tapi result tuh tak memuaskan aku. Sekali lagi, aku kene repeat paper, bermakna? Aku gagal ! Haihh aku sangat kecewa dengan result aku, rasanya aku dah cube sebaik mungkin tapi apakan daya? Belum cukup lagi usaha aku kali niee, hmm. Tentunya aku kecewa. Smue orang akan kecewa kan? Begitu juga aku. Aku dah penat menangis semalaman mengenangkan betapa bodohnya aku. Mama dan Papa mesti kecewa ada anak macam aku kann? Hmm sorry mama papa. I know i'm not good for both of you mama & papa. Haihhh aku selalu buat parents aku kecewa, tak penah sekali pun aku buat diorg bangga. Aku nie anak derhaka ke? Hmm tah laaa. Lebih baik aku mati kan? Yelah lebih baik aku mati kalau tak dapat nak bahagiakan mak ayah. Bukan ke macam tuh? Drpd kecik lagi aku memang suke menyusahkan mama papa. Result aku tak penah memuaskan hati diorang. Hmm. Aku kecewa dengan diri aku sendiri. Tah laa, aku rasa macam dah patah semangat nak berjuang lagii. Dah berbelas tahun aku belajar dan belajar tapi satu ape pown aku tak bagi pada orang tua aku. Haihhh :'(   Ya Allah ! Kuatkan lah hambaMU ini.... 

Wednesday, November 2, 2011

DILEMA CINTA

Apabila terbina sesebuah hubungan cinta, kebiasaannya hubungan cinta tersebut adalah HANGAT.  Kehangatan yang saya maksudkan adalah dari segi KEKERAPAN;
1. Kekerapan untuk berhubung (call, sms, mms, email, online)
2. Kekerapan untuk berjumpa
3. Kekerapan untuk memahami antara satu sama lain
4. Kekerapan untuk saling memberi dan menerima
5. Kekerapan untuk melakukan aktiviti bersama
Itu adalah contoh untuk kehebatan cinta di awal perhubungan cinta. Saya yakin dan pasti anda sedar kekerapan tersebut ada di dalam perhubungan cinta anda.
Persoalannya adalah,
DILEMMA… Anda Tertanya- tanya… Anda mulai mempersoalkan pelbagai perkara yang melibatkan pasangan anda dan masa depan anda berdua. Anda mulai RISAU, terasaKEHANGATAN hubungan anda mulai sejuk. Antara beberapa perkara yang mungkin menjadi PERSOALAN dan KERISAUAN anda mungkin;
1. Pasangan anda didapati curang (wujud orang ke-3)
2. Pasangan anda mula mengharapkan sesuatu yang diLuar kemampuan anda.
3. Pasangan anda mula mengongkong atau menyekat “social lifes” anda.
4. Pasangan anda mula mengasingkan diri daripada anda.
5. Pasangan anda mula menunjukkan sifat- sifat yang kurang anda senangi.
Sekali lagi saya yakin dan pasti, PERSOALAN di atas pasti anda alami walaupun wujud ribuan persoalan yang lain…
Tarik nafas dan Rilekss… Usah terlampau risau.. Ini adalah cabaran anda di dalam proses mengenali perhubugan cinta. Kewujudan teman- teman anda disekeliling akan banyak membantu anda untuk mengatasi cabaran dilema cinta anda. :)
Tips untuk mengatasi dilema cinta adalah seperti berikut;
Langkah 1 Kenal pasti KEKERAPAN yang melibatkan anda dan pasangan anda di awal perhubungan cinta anda.
Langkah 2 Kenal pasti PERSOALAN yang timbul di sepanjang hubungan anda dan pasangan anda yang menyebabkan anda mengalami dilema cinta.
Langkah 3 Atasi PERSOALAN ini dengan teknik yang betul, anda boleh merujuk posting sifu AF Hazwan yang lepas iaitu “3 Strategi Terbukti Untuk Hubungan Cinta yang Bahagia & Sihat”
Sentiasa terapkan prinsip “Jalan Pasti Ada Mesti Ada Cara” di dalam perhubungan cinta anda. Tiada perkara yang mustahil untuk diselesaikan di dunia ini. Jika anda inginkan perhubungan cinta yang lebih baik maka anda harus perihatin terhadap hubungan cinta anda SEKARANG!
Sentiasa ingat, “BREAK UP” adalah penyelesaian yang terakhir bagi Dilema Cinta.. :)
Salam Cinta dan Kejayaan!

Tuesday, November 1, 2011

PUTUS CINTA


Apabila putus cinta, sebahagian besar tindakan dan pilihan anda dikuasai oleh emosi. Apabila emosi mengawal diri anda maka, anda sukar untuk berfikir secara rasional. Anda akan mudah memberontak daripada tenang. Anda akan menangis tanpa menghiraukan orang sekeliling. Anda tidak ada nafsu untuk makan dan akhirnya tidak menghiraukan kesihatan anda. Apa yang lebih merbahaya adalah, berkemungkinan anda sanggup mati daripada terus hidup!
Sabar! Tenangkan diri anda… Katakan kepada diri anda sendiri bahawa semua ini adalah “Normal”. Adalah normal jika anda sedang besedih dan kecewa sekarang. Anggap bahawa anda sedang menjalani satu ujian daripada tuhan. Ujian di mana akan memberi anda hikmah jika anda berjaya mengharunginya.
Saya akan sampaikan kepada anda “5 Pekara yang Perlu Anda Lakukan Apabila Putus Cinta”. Setiap 5 perkara ini akan membantu anda untuk lebih berasa tenang dan apa yang lebih penting, akan memberi anda harapan untuk terus hidup.
1.Jangan Hubungi Pasangan Anda!
Jangan call, sms, e-mail atau apa- apa cara sekali pun yang berkaitan dengan menghubungi. Jangan lakukan sebarang komunikasi kepada pasangan anda. Biarkan keadaan ini berlalu selama yang mungkin.
2.Jangan Hubungi atau Meluah Masalah Kepada Rakan Pasangan Anda.
Disebabkan tidak dapat menghampiri pasangan anda, akhirnya anda memilih untuk menghubungi rakan pasangan anda dan meluah masalah anda dan pasangan anda. Keadaan ini akan memburukkan keadaan dan bukannya memperbaiki keadaan.
3.Luahkan Masalah Anda Hanya kepada Teman Rapat Anda Sahaja!
Masalah cinta seperti ini anda perlukan seseorang yang betul- betul rapat dan memahami anda. Seseorang yang betul- betul boleh mendengar dan menjiwai masalah anda. Cari mereka dan luahkan segala masalah perhubungan cinta anda. Ahli keluarga juga mungkin menjadi pilihan anda untuk meluah.
4.Jangan Biarkan Diri Anda Keseorangan
Amaran! Jangan sesekali letakkan diri anda berseorangan. Mungkin anda perluankan masa untuk bersendirian tetapi hakikatnya anda sebenarnya perlukan teman. Dengan erti kata lain, anda perlukan pasangan anda. Apabila anda letakkan diri anda keseorangan anda akan cenderung untuk menghadapi masalah kemurungan “stress”.
5.Hadiahkan Diri Anda Dengan Sesuatu yang Menyeronokkan
Anda perlu sedar bahawa anda sedang bersedih. Jika anda terus bersedih maka, tiada penyelesaian dapat anda lakukan. Oleh itu, anda perlu hadiahkan diri anda sendiri dengan sesuatu yang ceria dan menyeronokkan. Pergi bercuti ke tempat yang asing daripada tempat anda mungkin boleh membantu anda meredakan kesedihan. Belikan sesuatu yang berharga kepada diri anda sebagai hadiah kerana anda mampu mengharungi perpisahan ini.